Thursday, November 3, 2011

MEMBACA ISI HATI DENGAN GERAK TUBUH?


Assalamualaikum.... Jadid di sini!

Pernah tak kita meneka apa yang orang rasa atau reaksi diorang semasa kita bercakap dengan dia? Tepat ke tekaan kita tu? Kadang-kadang kita tersalah sangka disebabkan kita tidak meneka dengan tepat. Orang yang kita sangkakan baik, sebenarnya jahat.. Orang yang tak berminat dengan apa yang kita cakap pun kita boleh berceloteh panjang depan dia sehingga timbul perasaan benci orang tu pada kita. So, kat sini Jadid nak beri sedikit tips macamana nak baca isi hati orang dengan gerak tubuhnya. Tips ini tak semestinya tepat tetapi ianya adalah tindakbalas semulajadi manusia terhadap apa yang didengat dan diproses oleh otak. Kalau tips ini tidak tepat, jangan salahkan Jadid pulak ye.. Hahaha.. Ok.. Here we go..


  1. Orang yang mendengar perbualan sambil mengusap-usap dagu : Dia sedang menilai apa yang kita bicarakan dan mungkin juga menilai diri kita.
  2. Tidak menghadap ke arah kita semasa berbual secara berdiri : Orang ni tak berminat nak berbicara dengan kita. Mungkin juga dia jua memperlekehkan kita. Jika dia kelihatan seperti seorang yang pemalu (perempuan berbual dengan lelaki) tips yang ini mungkin tidak boleh digunapakai dan cuba lihat dari tips yang lain.
  3. Bercakap sambil memandang sekeliling : Orang ni sedang mencari seseorang atau sesuatu mungkin juga cuba menarik perhatian perhatian orang lain.
  4. Memegang hidung atau cuping telinga : Orang tu mungkin sedang berbohong atau mulut kita sedikit berbau. hehehe
  5. Mengusap-usap leher : Dia dah bosan. Huaaaiiii! Sila tukar topik atau tamatkan perbualan.
  6. Menongkat dagu dengan jari telunjuk menyentuh pipi : Dia tengah berfikir dan menunjukkan pada kita yang dia tengah memproses apa yang kita cakapkan.
  7. Duduk sambil menyilang tangan di dada (abdomen) dan menyilang kaki : Jaga-jaga, ada patah perkataan kita yang bertentangan dengan pendapatnya.
  8. Tak berani bertatap mata dengan kita terutama pada permulaan tatapan : Dia tak mahu kita tahu isi hati dia dan kemungkinan ada rahsia yang dia sembunyikan.
  9. Bercakap sambil mengangkat 1 kaki dan letakkannya di atas kaki lagi satu : Dia nak kita tahu statusnya.
  10. Menongkat dagu dan memandang kita : Dia sedang beri tumpuan.
  11. Menggaru kepala yang tak gatal : orang ni terpaksa datang atau terpaksa mendengar mungkin juga dipaksa mendengar.
  12. Menongkat dagu sambil mengerut dahi, mencebik bibir dan mendongak sedikit : Dia sedang berusaha memahami perbicaraan dan mungkin ada yang dia tak setuju.
  13. Mengurut-urut paha atau lutut : Dia tak sabar nak berambus. Baik anda berambus dulu.
  14. Sering berdehem dan menelan air liur serta membasahkan bibir : kalau dia tetamu kita, cepat bagi dia air.
  15. Sering memandang ke arah gelas atau cawan : cepat persilakan dia minum. kalau air dalam cawannya sudah habis atau kurang, tolong tuangkan. hehehe
Ha.. tu dia. Seperti yang jadid katakan awal tadi, tips ini tak semestinya tepat tapi kebanyakannya berhasil. Dari tips di atas kita dapat mengetahui perangai dan keperibadian seseorang. Mungkin juga ada sesuatu yang diorang sembunyikan dan dari tips ini kita dapat tahu yang diorang ada menyimpan sesuatu kan. Apa yang disimpan tu, Jadid tak tahulah. Ok! itu saja buat masa ni. Jangan lupa baca kisah Penyiasatan Jadid di Blog ini! Klik saja pada "bilik Fail" di atas. Bye!!

0 comments:

Post a Comment

Beritahu saya sesuatu... cakap... cakap....!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Superman Logo