Thursday, November 3, 2011

MEMBACA ISI HATI DENGAN GERAK TUBUH?


Assalamualaikum.... Jadid di sini!

Pernah tak kita meneka apa yang orang rasa atau reaksi diorang semasa kita bercakap dengan dia? Tepat ke tekaan kita tu? Kadang-kadang kita tersalah sangka disebabkan kita tidak meneka dengan tepat. Orang yang kita sangkakan baik, sebenarnya jahat.. Orang yang tak berminat dengan apa yang kita cakap pun kita boleh berceloteh panjang depan dia sehingga timbul perasaan benci orang tu pada kita. So, kat sini Jadid nak beri sedikit tips macamana nak baca isi hati orang dengan gerak tubuhnya. Tips ini tak semestinya tepat tetapi ianya adalah tindakbalas semulajadi manusia terhadap apa yang didengat dan diproses oleh otak. Kalau tips ini tidak tepat, jangan salahkan Jadid pulak ye.. Hahaha.. Ok.. Here we go..


  1. Orang yang mendengar perbualan sambil mengusap-usap dagu : Dia sedang menilai apa yang kita bicarakan dan mungkin juga menilai diri kita.
  2. Tidak menghadap ke arah kita semasa berbual secara berdiri : Orang ni tak berminat nak berbicara dengan kita. Mungkin juga dia jua memperlekehkan kita. Jika dia kelihatan seperti seorang yang pemalu (perempuan berbual dengan lelaki) tips yang ini mungkin tidak boleh digunapakai dan cuba lihat dari tips yang lain.
  3. Bercakap sambil memandang sekeliling : Orang ni sedang mencari seseorang atau sesuatu mungkin juga cuba menarik perhatian perhatian orang lain.
  4. Memegang hidung atau cuping telinga : Orang tu mungkin sedang berbohong atau mulut kita sedikit berbau. hehehe
  5. Mengusap-usap leher : Dia dah bosan. Huaaaiiii! Sila tukar topik atau tamatkan perbualan.
  6. Menongkat dagu dengan jari telunjuk menyentuh pipi : Dia tengah berfikir dan menunjukkan pada kita yang dia tengah memproses apa yang kita cakapkan.
  7. Duduk sambil menyilang tangan di dada (abdomen) dan menyilang kaki : Jaga-jaga, ada patah perkataan kita yang bertentangan dengan pendapatnya.
  8. Tak berani bertatap mata dengan kita terutama pada permulaan tatapan : Dia tak mahu kita tahu isi hati dia dan kemungkinan ada rahsia yang dia sembunyikan.
  9. Bercakap sambil mengangkat 1 kaki dan letakkannya di atas kaki lagi satu : Dia nak kita tahu statusnya.
  10. Menongkat dagu dan memandang kita : Dia sedang beri tumpuan.
  11. Menggaru kepala yang tak gatal : orang ni terpaksa datang atau terpaksa mendengar mungkin juga dipaksa mendengar.
  12. Menongkat dagu sambil mengerut dahi, mencebik bibir dan mendongak sedikit : Dia sedang berusaha memahami perbicaraan dan mungkin ada yang dia tak setuju.
  13. Mengurut-urut paha atau lutut : Dia tak sabar nak berambus. Baik anda berambus dulu.
  14. Sering berdehem dan menelan air liur serta membasahkan bibir : kalau dia tetamu kita, cepat bagi dia air.
  15. Sering memandang ke arah gelas atau cawan : cepat persilakan dia minum. kalau air dalam cawannya sudah habis atau kurang, tolong tuangkan. hehehe
Ha.. tu dia. Seperti yang jadid katakan awal tadi, tips ini tak semestinya tepat tapi kebanyakannya berhasil. Dari tips di atas kita dapat mengetahui perangai dan keperibadian seseorang. Mungkin juga ada sesuatu yang diorang sembunyikan dan dari tips ini kita dapat tahu yang diorang ada menyimpan sesuatu kan. Apa yang disimpan tu, Jadid tak tahulah. Ok! itu saja buat masa ni. Jangan lupa baca kisah Penyiasatan Jadid di Blog ini! Klik saja pada "bilik Fail" di atas. Bye!!

Read more...

Wednesday, November 2, 2011

MENGESAN PEMBOHONG


Hai! Saya Jadid, anak Inspektor Raudhah. Kita tak suka orang membohongi kita. Betul tak? Pernah kena tipu tak? Apa perasaan kita? Marah kan? So, Jadid nak berkongsi kepada abg2 dan kakak2 serta pakcik makcik semua bagaimana nak mengetahui samada kita sedang dibohongi. Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..


  • Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
  • Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
  • Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba- tiba gagap merupakan tanda- tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/ suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
  • Pergerakan mata Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
  • Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
  • Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Ok! itu saja buat masa ni. Jangan lupa baca kisah Penyiasatan Jadid di Blog ini! Klik saja pada "bilik Fail" di atas. Bye!!


Selamat mempraktikalkannya!

*Tapi kemungkinan anda tetap akan tertipu dengan orang yang memang dah dilahirkan untuk berbohong. :P

Read more...

Tuesday, November 1, 2011

Sinopsis

Jadid atau nama sebenarnya NURUL JADIDAH BINTI BAKRI adalah seorang pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh yang mempunyai keistimewaan yang jarang dijumpai pada gadis seusianya. Jadid mempunyai daya ingatan yang berada dalam kelasnya yang tersendiri sehingga dapat memproses ingatannya berkali-kali ganda lebih pantas dari manusia biasa. Dia juga boleh mengagak situasi dengan peratusan ketepatan yang tinggi.
Ditemani oleh rakan baiknya bernama Rasya yang sentiasa mengikutinya ke mana saja, Jadid mempunyai seorang sahabat merangkap 'pembantu'nya dalam menghadapi apa jua kes yang mereka hadapi.

Puan RAUDHAH adalah Ibu kepada Jadid dan juga seorang pegawai polis berpangkat Inspektor. Dia diiktiraf sebagai seorang pegawai polis wanita yang terbaik pernah dimiliki oleh PDRM. Dia  mempunyai kepakaran memandu yang sangat tinggi, seni mempertahankan diri yang menakjubkan.

Kerjasama mereka berdua membawa sinar baru dalam penyelesaian kes-kes berat yang biasanya mengambil masa yang lama untuk diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Apabila gadis ini memejamkan mata dan membukanya semula, JENAYAH PASTI TERBONGKAR!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget
Superman Logo